FAQ

Adakah pusat kursus ini diiktiraf untuk menganjurkan kursus pra-perkahwinan?

Pusat kursus kami diberi kebenaran oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk menganjurkan kursus pra-perkahwinan menggunakan modul MBKPPI yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Siapakah yang perlu menghadiri kursus pra-perkahwinan ini?

Setiap rakyat Malaysia beragama Islam yang ingin berkahwin diwajibkan untuk menghadiri kursus ini.

Adakah sijil yang dikeluarkan oleh pusat kursus ini sah untuk digunakan bagi memohon kebenaran bernikah?

Sijil kursus pra-perkahwinan dikeluarkan sendiri oleh pihak JAWI dan sah untuk digunakan bagi memohon kebenaran bernikah. Pihak kami hanya bertindak sebagai penganjur kursus.

Berapakah harga yuran kursus? Adakah sebarang caj atau bayaran tambahan yang dikenakan pada peserta?

Yuran kursus adalah RM120.00 seorang. Tiada sebarang caj atau bayaran tambahan yang dikenakan pada para peserta.

Bilakah saya boleh menghadiri kursus ini?

Kursus pra-perkahwinan kami diadakan pada setiap minggu, hari Sabtu dan Ahad. Bakal peserta boleh memilih mana-mana tarikh yang disukai untuk menghadiri kursus ini. Bagi mereka yang sudah merancang untuk berkahwin, kami mencadangkan agar anda menghadiri kursus ini secepat mungkin untuk mengelakkan keadaan kelam-kabut bagi proses permohonan kebenaran bernikah sekiranya sudah terlalu dekat dengan tarikh perkahwinan.

Adakah pusat kursus ini ada menganjurkan kursus pada hari-hari biasa (Isnin - Jumaat) ?

Kursus kami hanya pada hari Sabtu dan Ahad sahaja.

Bolehkah saya menghadiri kursus ini sekiranya saya belum mempunyai pasangan dan belum merancang untuk berkahwin?

Tiada masalah kerana sijil kursus pra-perkahwinan ini tiada had tempoh dan boleh digunakan pada bila-bila masa.

Bolehkah saya menghadiri kursus pra-perkahwinan di sini sedangkan saya tinggal dan akan berkahwin di luar kawasan Wilayah Persekutuan?

Tiada masalah kerana sijil kursus pra-perkahwinan ini sah digunakan di seluruh Malaysia.

Bagaimanakah untuk mendaftar bagi menghadiri kursus ini?

Sila klik DISINI untuk pendaftaran.

Bilakah bakal peserta dikehendaki untuk membuat pembayaran yuran kursus?

Pembayaran yuran boleh dibuat pada hari kursus itu sendiri.

Bagaimana dengan pemakaian sepanjang tempoh kursus?

Pemakaian hendaklah kemas,sopan dan menutup aurat. Seluar jeans dibenarkan. Lelaki: Baju berkolar. Tidak boleh pakai anting-anting, rantai leher atau gelang tangan. Perempuan: Bertudung. Baju yang ketat, nipis atau jarang tidak dibenarkan.

Adakah peserta akan melalui sebarang bentuk ujian atau proses temuduga semasa sesi kursus?

Tiada sebarang ujian atau temuduga sepanjang kursus ini. Peserta hanya perlu mendengar ceramah-ceramah bagi setiap sesi.

Apakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi bagi melayakkan peserta mendapat sijil kursus pra-perkahwinan?

Setiap peserta hendaklah memenuhi kehadiran bagi setiap sesi yang telah ditetapkan dan menandatangani penuh senarai kehadiran yang diedarkan oleh penganjur pada setiap sesi. Peserta yang lewat melebihi 15 minit setelah sesi bermula dan tidak menandatangani penuh senarai kehadiran dianggap tidak hadir dan tidak layak menerima sijil kursus pra-perkahwinan.